gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

MESYUARAT JAWATANKUASA PANDU COORDINATING COMMITTEE FOR GEOSCIENCE PROGRAMMES IN EAST AND SOUTHEAST ASIA (CCOP) KALI KE-86

Selasa, 18 Syawal 1447H | 07 April 2026M
Bandar Seri Begawan

Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan telah secara rasmi menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Jawatankuasa Pandu Kali Ke-86 bagi Coordinating Committee for Geoscience Programmes in East and Southeast Asia (CCOP) yang berlangsung dari 6 hingga 9 April 2026 di The Empire Brunei.

Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Yang Mulia Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar, Timbalan Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan. Penganjuran ini merupakan satu pencapaian penting, kerana ini adalah kali pertama Negara Brunei Darussalam menjadi tuan rumah Mesyuarat Jawatankuasa Pandu sejak menyertai CCOP secara rasmi pada tahun 2020.

Dalam ucapan alu-aluannya, Yang Mulia Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar menegaskan bahawa penganjuran mesyuarat ini mencerminkan komitmen Negara Brunei Darussalam yang semakin kukuh terhadap kerjasama geosains serantau. Beliau turut menyatakan bahawa peluang ini melambangkan kesediaan Negara Brunei Darussalam untuk memainkan peranan yang lebih aktif serta memperketatkan kerjasama dengan negara-negara ahli dalam mencapai matlamat bersama.

Dalam sesi pembukaan tersebut, Yang Mulia Ir. Norazmi bin Othman, Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, selaku Perwakilan Tetap Brunei Darussalam ke CCOP, turut menekankan kepentingan dan impak kerjasama ini. Beliau menyatakan bahawa kerjasama serantau kini lebih penting berbanding sebelumnya, memandangkan rantau ini berdepan dengan cabaran kompleks merangkumi bahaya geologi seperti tanah runtuh dan banjir, serta keperluan pengurusan mampan sumber air tanah dan mineral strategik.

Beliau seterusnya mengongsikan contoh inisiatif CCOP, termasuk bengkel di bawah ASEAN-Korea Cooperation Fund (AKCF) serta latihan khusus dalam pengurusan data geosains, yang telah menyumbang kepada pengukuhan keupayaan nasional, khususnya dalam penilaian tanah runtuh dan penerokaan mineral.

Sejak menyertai CCOP enam tahun yang lalu, Negara Brunei Darussalam kekal komited kepada prinsip bahawa kekuatan CCOP terletak pada hubungan erat, kepercayaan, serta matlamat bersama yang dikongsi dalam kalangan rakan kerjasama serantau.

TAMAT

Disediakan oleh:
Unit Perhubungan Awam
Jabatan Kerja Raya
Kementerian Pembangunan
pro@pwd.gov.bn

THE 86TH COORDINATING COMMITTEE FOR GEOSCIENCE PROGRAMMES IN EAST ANDSOUTHEAST ASIA (CCOP) STEERING COMMITTEE MEETING

Tuesday, 18 Syawal 1447H | 07 April 2026M
Bandar Seri Begawan

The Public Works Department, Ministry of Development officially hosting the 86th Coordinating Committee for Geoscience Programmes in East and Southeast Asia (CCOP) Steering Committee Meeting held from 6th to 9th April 2026 at The Empire Brunei.

The meeting was officiated by Yang Mulia Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar, Deputy Permanent Secretary (Infrastructure, Housing and Professional), Ministry of Development. This marks a significant milestone as it is the first time Brunei Darussalam has hosted the Steering Committee Meeting since officially joining CCOP in 2020.

In his welcome remarks, Yang Mulia Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar emphasized that hosting this meeting reflects Brunei’s growing commitment to regional geoscience cooperation. He stated that the opportunity serves as a statement of Brunei Darussalam’s readiness to contribute more actively and collaborate closely with member countries to advance shared goals.

Adding to the opening session, Yang Mulia Ir. Norazmi bin Othman, Acting Director General at the Public Works Department and Permanent Representative of Brunei Darussalam to CCOP, highlighted the tangible impacts of the partnership. He noted that regional cooperation is more vital than ever as the region faces complex challenges ranging from geohazards such as landslides and flooding to the sustainable management of groundwater and strategic mineral resources.

Furthermore, he shared specific examples of how CCOP initiatives, such as the ASEAN-Korea Cooperation Fund (AKCF) workshops and specialized training in geoscience data management, have strengthened national capabilities in landslide assessment and mineral exploration.

Since becoming a member six years ago, Brunei Darussalam has remained dedicated to the principle that the strength of CCOP lies in the relationships, trust, and common purpose shared among its regional partners.

END

Prepared by:
Public Relation Unit
Public Works Department
Ministry of Development
pro@pwd.gov.bn