Rabu, 02 Jamadilakhir 1448H / 11 November 2026 Berakas Pasukan Jabatan Ukur (UKUR) muncul juara pada perlawanan akhir Kejohanan Bolasepak 11 Orang Sepasukan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di Bawahnya bagi Tahun 2026 setelah menewaskan pasukan Jabatan Saliran dan Pembetungan, Jabatan Kerja Raya (DDS) dengan keputusan 5 – 2.
Latest News
![]()
MAJLIS SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM(S.A.W) BAGI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA
Sabtu, 16 Rabiulawal 1448H | 29 Ogos 2026M
Berakas
Kementerian Pembangunan telah mengadakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad
Shallallahu ‘Alaihi Wasallam (S.A.W) bagi Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan
di bawahnya di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan. Majlis ini telah dianjurkan oleh
Jabatan Saliran dan Pembetungan, Jabatan Kerja Raya.
KEMPEN DERMA DARAHJABATAN KERJA RAYA
BANDAR SERI BEGAWAN
SELASA, 06 SAFAR 1448 / 21 JULAI 2026
Jabatan Kerja Raya dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan telah menganjurkan Kempen Derma Darah bertempat di Dewan Atria Simpur, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya. Kempen ini merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial Jabatan dalam menyumbangkan kepada keperluan bekalan darah negara serta memupuk nilai-nilai kemanusiaan dalam kalangan warga kerja.
Quicklinks
![]()


















