gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

KEMPEN KESEDARAN UNTUK JABATAN KERJA RAYA: KESEDARAN TENTANG ‘JENAYAH SIBER (PENIPUAN DALAM TALIAN DAN KEPENTINGAN MENGAMALKAN KEWASPADAAN DI PLATFORM MEDIA SOSIAL’

SABTU,19 SYAABAN 1447H / 7 FEBRUARI 2026

Bahagian Perkembangan Sumber Manusia, Jabatan Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Kerja Raya dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah telah mengadakan Siri Kempen Kesedaran bagi Warga Kerja Jabatan Kerja Raya pada 7 Februari pada sebelah pagi di Dewan Atria Simpur, Bangunan Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya.

Taklimat yang bertajuk ‘Jenayah Siber (Penipuan Dalam Talian dan Kepentingan Mengamalkan Kewaspadaan di Platform Media Sosial’ telah disampaikan oleh Yang Mulia Ketua Inspektor Adinin bin Haji Ahmad, Pegawai Unit Penyelidikan dan Perkembangan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber, Jabatan Siasatan Jenayah. Ianya telah dihadiri seramai 90 orang pegawai dan kakitangan Warga Kerja Jabatan Kerja Raya.

               

 

Antara objektif taklimat tersebut adalah:

• Untuk meningkatkan kesedaran dan kewaspadaan orang awam terhadap ancaman jenayah dalam talian. Ia bertujuan mendidik masyarakat mengenai modus operandi penipuan, keselamatan data peribadi, serta mengurangkan risiko menjadi mangsa.

-TAMAT-

Disediakan oleh:
Unit Perhubungan Awam
Jabatan Kerja Raya
Kementerian Pembangunan