gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Borang Permohonan

Perumahan Jabatan Kerja Raya (Pegawai dan Kakitangan JKR Sahaja)

Perumahan JKR

1. Borang Permohonan Perumahan Di Bawah Kawalan JKR
2. Borang Akuan Mengosongkan Rumah Di Bawah Kawalan JKR
3. Borang Tambahan Maklumat Permohonan di Bawah kawalan JKR

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN DAN TATACARA BAGI PERMOHONAN
PERUNTUKAN PERUMAHAN DI BAWAH KAWALAN
JABATAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN,
JABATAN KERJA RAYA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

1. Syarat-Syarat Kelayakan

1.1 Pemohon hendaklah terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan ​Negara Brunei Darussalam atau Penduduk Tetap sahaja.

1.2 Pemohon yang memegang jawatan Tetap / Sebulan ke Sebulan (Tidak Terhad) / Sebulan ke Sebulan / Open Vote dan Site Staff atau pemohon-pemohon yang bergaji hari boleh juga dipertimbangkan.  Walau bagaimanapun tertakluk kepada kekosongan, kelayakan dan kes-kes tertentu yang membolehkan pemohon-pemohon untuk dipertimbangkan bagi mendiami Perumahan Kerajaan di bawah kawalan Jabatan Pentadbiran dan Kewangan (DAF).​

1.3 Pemohon yang TIDAK mengikuti mana-mana skim di bawah seperti berikut:

1.3.1 Bantuan Kemudahan Kewangan Untuk Memiliki Perumahan;

1.3.2 Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati;

1.3.3 Skim Perpindahan / Perumahan Negara;

1.3.4 Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah; dan

1.3.5 Lain-Lain bantuan yang dikeluarkan bagi pihak Kerajaan.

2. Tatacara Permohonan

2.1 Pemohon hendaklah terlebih dahulu mengisikan Borang Permohonan yang boleh didapati dari Unit Perumahan, Jabatan Pentadbiran dan Kewangan, JKR atau melalui laman sesawang https://mod-pwd-wordpress-prod.azurewebsites.net/downloadable-forms/

2.2 Borang yang lengkap diisikan beserta dengan dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dihadapkan  ke Unit Perumahan, Jabatan Pentadbiran dan Kewangan, JKR melalui Ketua Jabatan.  Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses dan akan dikembalikan ke Jabatan.

3. Penelitian Jawatankuasa Perumahan

3.1 Setiap permohonan akan diteliti dan seterusnya dipertimbangkan melalui Jawatankuasa Perumahan di bawah Kawalan Jabatan Pentadbiran dan Kewangan, JKR.​

3.2 Permohonan yang sama ada berjaya atau pun tidak akan dimaklumkan melalui persuratan.

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah ditujukan kepada:

Unit Perumahan
Bahagian Pentadbiran
Jabatan Pentadbiran dan Kewangan
Jabatan Kerja Raya
kementerian Pembangunan

Permit Permohonan Menggunakan Jambatan Menghubungi Daerah Brunei Muara dan Daerah Temburong
Brunei Bridge Authority (BBA) Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien - Permit to Work (PTW)
Borang Pas Pekerja Pemborong Bagi Kategori M01 dan KPME02