gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

43 pain darah Berjaya dikumpulkan

SELASA,1 SYAABAN 1447H / 20 JANUARI 2026M

Dalam usaha menggalakkan para pegawai dan kakitangan untuk sama-sama menyumbang dan menderma darah, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengadakan Kempen Menderma Darah beramai-ramai yang diadakan di Dewan Atria Simpur, Aras Bawah, Bangunan Ibu Pejabat, JKR, di sini.

                               

Kempen yang diselenggarakan oleh Bahagian Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar, Jabatan Pentadbiran dan Kewangan, JKR tersebut bermula pada jam 9:00 pagi hingga 11:30 pagi bagi sesi pagi manakala sesi petang pada jam 1:30 petang hingga 3:30 petang. Hasil daripada kempen tersebut telah berjaya mengumpulkan sebanyak 43 pain darah.

Selain itu, kempen tersebut juga bertujuan untuk sama-sama membantu lagi Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha bagi menambah stok darah yang sedia ada.

Orang ramai terutama warga Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya serta orang awam juga berpeluang untuk mendermakan darah mereka semasa berurusan di Jabatan tersebut.

   

-TAMAT-

Disediakan oleh:
Unit Perhubungan Awam
Jabatan Kerja Raya
Kementerian Pembangunan