gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

MAJLIS PEMBUKAAN TADARUS AL-QURAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA BAGI TAHUN 1447H/2026M

SABTU, 3 RAMADHAN 1447H / 21 FEBRUARI 2026

Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya membuka tirai Majlis Tadarus Al-Quran sempena bulan Ramadhan 1447 Hijrah bersamaan 2026 Masehi, bertempat di Surau Kementerian Pembangunan, hari ini. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan. Ia diikuti dengan bacaan Surah Al-Baqarah Juzuk 1 diketuai oleh wakil-wakil daripada Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Muhd Abdul Wasi’ bin Haji Mohd Salleh, Mohammad Haziq Muzakkir Azem bin Azmi dan Abdul Wa’ie bin Hj Wahid bersama Qari dan Qariah yag terdiri daripada Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di Bawahnya. Majlis diakhiri dengan bacaan do’a selepas membaca Al-Quran.

Turut hadir ialah Dayang Aldila binti Haji Mohamed Salleh, Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang); Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar, Timbalan Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional); Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya; Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya, Ketua-Ketua Jabatan; Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya.

             

                                           

Majlis pada tahun ini dikelolakan oleh Jabatan Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Kerja Raya dan dijadualkan akan berlangsung selama dua minggu di Surau Kementerian Pembangunan.

-TAMAT-

Disediakan oleh:
Unit Perhubungan Awam
Jabatan Kerja Raya
Kementerian Pembangunan