gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

SIARAN AKHBAR

CERAMAH SEMPENA MENYAMBUT KEDATANGAN BULAN RAMADHAN

SELASA, 28 SYAABAN 1447H / 16 FEBRUARI 2026

Bahagian Perkembangan Sumber Manusia, Jabatan Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Kerja Raya dengan kerjasama Pusat Da’wah Islamiah telah mengadakan Ceramah bagi Warga Kerja Jabatan Kerja Raya pada 16 Februari pada sebelah pagi di Dewan Atria Simpur, Bangunan Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya.

Ceramah yang bertajuk ‘Menyambut Kedatangan Bulan Ramadhan’ telah disampaikan oleh Yang Mulia Ustazah Siti Syuhaidah binti Haji Md Yusoff, Pegawai Perkembangan Ugama daripada Pusat Da’wah Islamiah. Ianya telah dihadiri seramai 86 orang pegawai dan kakitangan Warga Kerja Jabatan Kerja Raya.

                  
Antara objektif taklimat tersebut adalah:
• Untuk memberi kefahaman mendalam mengenai fadhilat bulan mulia, mempersiapkan mental dan fizikal umat islam, serta meningkatkan ketakwaan dan keimanan melalui pengisian ilmu dengan bacaan Al-Quran. Ia juga bertujuan menyemarakkan amalan ibadah sepanjang ramadhan.

-TAMAT-

Disediakan oleh:
Unit Perhubungan Awam
Jabatan Kerja Raya
Kementerian Pembangunan