SYARAT - SYARAT TAWARAN : -

1).               Tawaran  hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran kepada alamat di bawah seperti dikehendaki dan dinyatakan dalam Dokumen Tawaran. 

            KEPADA,

            PENGERUSI LEMBAGA TAWARAN KECIL,

            TINGKAT BAWAH, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN,

            BANDAR SERI BEGAWAN BB 3510,

            NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

            tidak lewat dari jam 2.00 petang pada tiap-tiap hari SELASA (seperti tarikh yang telah ditetapkan.)

2).               Tawaran-tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan tidak akan dilayan.

3).               Tawaran-tawaran mestilah dihadapkan dalam sampul surat yang rapi (sealed) dengan menyatakan tajuk projek yang berkenaan tanpa menyatakan nama penawar dan dihantar kepada alamat di para satu menurut arahan yang dinyatakan dalam Dokumen Tawaran.

4).               Dokumen-dokumen tawaran dan penerangan-penerangan yang lanjut bolehlah dilihat dan diperolehi dari Unit Pembahagian Dokumen, Tingkat bawah, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Lapangan Terbang Lama, Jalan Berakas, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. Bagi tawaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya Kuala Belait, dokumen itu bolehlah diperolehi dari Unit Kontrak, Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait.

5).              Jumlah Yuran adalah seperti berikut :

KELAS PENENDER I II III IV V VI
DOKUMEN KERTAS $ 10.00 $ 25.00 $ 50.00 $250.00 $ 500.00 $ 1,000.00 $ 2,000.00
DOKUMEN ELEKTRONIK - - - $ 155.00 $ 280.00 $ 530.00 $ 1,030.00

6).               Yuran tawaran adalah dikehendaki dan tidak akan dikembalikan kepada setiap pemborong sama ada yang berjaya atau tidak berjaya setelah menghantar tawaran yang jujur (bona fide tender). Kadar Yuran Tawaran adalah seperti yang ditetapkan dalam iklan tawaran.

7).            Sebelum dokumen-dokumen tawaran dikeluarkan, setiap pemborong dikehendaki membawa Sijil Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal yang menunjukkan bahawa pemborong adalah yang berdaftar di Kementerian Pembangunan dalam kelas yang ditetapkan dan dikehendaki membayar  Dokumen Tawaran itu seperti kadar yang ditetapkan dalam iklan tawaran.

8).            Tawaran-tawaran mestilah dihantar dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan.

9).               Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darusssalam tidak akan semestinya menerima tawaran-tawaran yang rendah dan lain-lain tawaran.